And this is my beautiful life
The only thing certain is everything changes
The lows and the highs
And all those goodbyes
As hard as it gets I know it's still amazing
To be alive
It's a beautiful life

.blog

Tuesday, September 2, 2008

Kesabaran..

Assalammualaikum wr wb...


The entry for today has to be in Malay for some reasons...


Selang beberapa minggu yang lalu betul-betul menguji tahap kesabaranku. Aku cukup kecewa dengan sikap sahabatku sendiri. Banyak cerita telah ku dengari oleh bukan saja satu pihak tetapi oleh beberapa hamba Allah SWT.


Aku telah dapati yang sahabatku ini adalah seorang yang suka bermuka-muka. Talam dua muka katakan. Dia juga ada mengata tentang diriku.


Pernah juga dia ada merancang untuk menyakiti hatiku. Sahabat macam apa itu !


Dan sekarang, aku dianggap sebagai orang asing. Tak mengapa ! Sahabat yang bersifat ular berkepala sejuta macam dia tidak akan sentiasa bahagian kerana kehidupan dia dipenuhi rasa iri hati, dengki and khianat.


Aku amat berterima kasih keatas sahabat-sahabatku yang lain yang telah membuka mataku keatas sifat Jahanam sahabatku yang satu ini. Walaupun tahap kesabaran, kekecewaan and tahap kemarahanku masih meluap-luap di dalam diriku, Alhamdulillah aku masih boleh mengawal perasaanku ini.. Tetapi sampai bila aku tak pasti.. Insya'allah aku ingin keluar dari tempatku sekarang kerana takut akan kehilangan kesabaranku..


Apa yang harusku lakukan sekarang ? Sesungguhnya aku sudah naik muak and menyampah atas kepura-puraan sahabatku ini...


Biarlah ini jadi satu pengajaran buatku. Semoga di bulan yang mulia ini aku dikurniakan keimanan and kesabaran yang amat menebal. Amin, Amin, Ya Robbal'alamin..

Wassalammualaikum wr wb...