And this is my beautiful life
The only thing certain is everything changes
The lows and the highs
And all those goodbyes
As hard as it gets I know it's still amazing
To be alive
It's a beautiful life

.blog

Monday, September 8, 2008

Bingung Sekali Lagi Kerana Sahabat...

Assalammualaikum wr wb...


This entry has to be in Malay too for some reasons.. Hahahaha..


Hari Sabtu yang lalu aku keluar dengan rakan sekerjaku... Banyak cerita yang aku dapat tahu dari rakan sekerjaku itu mengenai sahabatku.. Ternyata memang sudah banyak cerita yang telah tersebar mengenaiku di pejabat.. Entah cerita itu betul atau tidak atau di reka-reka.. Wallahualam...


Walaupun aku belum bertanyakan cerita-cerita yang tersebar itu, aku sudah hilang akal akan apa yang patut aku lakukan.. Hendak tahu apakah cerita-cerita yang tersebar, aku agak kurang siap dan kurang senang kerana rakan sekerjaku sendiri yang menyatakan bahawa susah untuk dia menyampaikan cerita-cerita itu kepadaku... Bukankah ini menunjukkan bahawa cerita-cerita yang disebarkan mengenai aku itu semuanya kurang enak di dengar.. "Allah SWT tabahkan lah hatiku di bulan yang mulia ini... Sesungguhnya aku hambamu yang lemah..."


Apa yang sepatutnya aku lakukan sekarang ini ? Biar Allah SWT sahaja yang membalas ? Tapi namaku mungkin sudah rosak kerana sahabatku itu.. Patut ke aku tetap bersabar ? Haruskah aku tanyakan rakan sekerjaku mengenai cerita-cerita yang tersebar tentangku itu ? Tetapi bolehkah aku menerima cerita-cerita tersebut ? ADUH ! Hampir pecah kepalaku memikirkan semua ini...


Makin hari makin menyirap darahku melihat wajah sahabatku itu.. Walau bagaimanapun, aku tetap harus mengharunginya dengan penuh kesabaran..

Wa'alaikumsalam wr wb...